Zaman Rock Kapak (part 2)

Selepas saya menulis berkenaan zaman rock kapak dan rock lempeng pada zaman saya ketika bersekolah, rasanya elok juga saya bercerita apabila menonton konsert rock kapak pada sekitar tahun 1991. Lokasinya ialah di Masai, Johor.

Ketika itu, kalau band-band rock kapak yang mahu menyanyi live di kawasan kampung, Masai adalah tempatnya. Banyak kumpulan rock kapak yang ada nama ketika itu tidak segan membuat persembahan di sini. Nama seperti XPDC, Febians, Lefthanded, Search dan Helters Skelters pernah main gigs (kata budak muda sekarang) di pekan kecil ini. Saya tidak tahu kenapa pada masa itu, mereka tidak boleh membuat persembahan di Pasir Gudang.

Jumlah penonton? Perggh ramai wa cakap luuu…. sampai penuh dewan atau tempat berhimpun penonton. Pakaian.. macam biasa.. seluar ketat sampai tak boleh nak kangkang… mesti ada koyak kat lutut. Baju pun, mesti ada koyak sikit, ada lambang Union Jack, jacket tebal ala beras guni…. seluar gunakan kain tempat duduk bas…. perghhh…

Bila band jemputan yang membuat persembahan, mula lah terkinja-kinja peminat rock kapak ni… Tak tau apa yang diaorang fanatik sangat kat band jemputan. Kalau band jemputan ni, biasanya nama mereka belum dikenali sangat tetapi lagu-lagu mereka dah pun diperdengarkan di radio.

Lelaki atau perempuan… masa tu saya tengok semuanya sama sahaja dari segi pakaian dan tingkah laku yang mengalahkan monyet di hutan. apabila band rock mula menggoreng gitar, mereka pun ikut sama menggoreng jari (menggerakkan jari, kononnya main gitar le tu), mengikut rentak irama rock. Memang meriah apabila masing-masing sama-sama menyanyi mengikut kumpulan rock tadi..

Kalau persembahan mereka mantap malam tu.. perghhh puji pujian le band tu.. cuba kalau sumbang… konfirm kena baling dengan telur busuk.. Yang ni perbuatan dilakukan oleh peminat yang terlalu fanatik. Perkataan paling banyak diucapkan.. ANDA MAU ROOOCK…. CAYA LE LU…. GUA CAYA LU…… Tiga ayat ni saya ingat.. lain-lain tak de…

Berhiburlah denganlagu sebuah band rock kapak yang hancur masa AJL 1991. Black Rose dan video klip kumpulan Rio. Apa komen anda pula tentang zaman rock kapak ni.. Komen le sikit!!!