Sudah bulan Februari 2010. Apakah pencapaian anda sebagai blogger?

 

Hari ni sudah 1 Februari 2010, dan ini bermakna kita sudah pun berada pada bulan kedua pada tahun 2010 ini. Dan saya percaya ramai teman blogger di luar sana berbangga dengan website atau  blogsite terkini mereka kerana semakin ramai pengunjung yang mengunjungi blog masing-masing.

Dan saya, sebagai seorang blogger yang kini aktif menulis, saya juga berbangga dengan blog yang saya ada sekarang. Saya ada terfikir untuk bulan Februari ini, saya akan cuba mengurangkan ulasan saya pada website yang berbentuk skim jana wang, di samping isu semasa. Sebaliknya saya akan lebih menulis dari segi teknik-teknik blogger, terutamanya pada mereka yang menggunakan platform Blogger sebagai ‘web base’ mereka.

Tetapi maklum balas yang saya dapat dari email, mereka lebih sula kepada cerita artis dan juga isu semasa. Jika cerita artis atau dunia hiburan, terus terang saya bagitau kat sini, saya sudah amat kurang mengambil tahu industri hiburan di Malaysia atau pun di dunia luar Malaysia. Kalau tengok TV pun, saya lebih suka tengok berita TV sahaja.

Tengok drama melayu pun saya dah tak berminat nak tengok, apa lagi cerita Indon. Kalau jalan cerita dari mula membosankan, saya pun jadi bosan nak menonton.

Untuk menulis cerita berkaitan dengan politik tanahair, bagi saya terlalu jauh pemahaman saya dalam bidang politik. Sebab sebelum ini saya ada cakap pada rakan saya yang kuat berpolitik ‘ Politic is dirty. All politic only need for power, not help person’ Dan saya terus ‘disekolahkan’ pasal cakap orang politik semuanya kotor! Saya tidak ada mengatakan semua orang politik itu kotor. Cuma untuk mencari pemimpin yang betul-betul boleh membantu, rasanya tak ada… Tapi jika perlu, saya akan tulis dan mengkritik orang politik. Tidak kira parti apa pun… Sebab saya pengundi atas pagar dan saya juga adalah ahli parti siaran yang ketiga….

Cuma apa yang saya suka bila tulisan saya ada yang memberi komen.. Itu membuatkan hati saya berasa lega..

Bagi para blogger di luar sana.., apa pula pencapaian dan kepuasan anda sebagai seorang blogger! Bagi le komen sikit!

 

RIZMAN M.A