Oh Toyota ku!

toyota_logo_2005

Jika anda rajin membaca suratkhabar di bahagian ekonomi, sejak 2 atau 3 hari lepas berita berkenaan petision terhadap Toyota menjadi topik utama. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Toyota telah memanggil lebih 4 juta unit kereta keluarannya untuk diperbaiki disebabkan masalah pedal minyaknya yang tiba-tiba ‘memecut sendiri’ ( Pedal minyak biasanya bila ditekan sedikit dan jika dilepaskan, kereta akan perlahan tetapi sebaliknya berlaku kepada kereta keluaran Toyota.). Ini merupakan masalah teknikal dan masalah keselamatan yang serious terhadap mana-mana model keluaran Toyota. Pada bulan lepas sahaja, lebih 2 juta kenderaan keluaran Toyota telah ‘dipanggil’ pulang untuk cuba diperbaiki pada masalah teknikal tersebut.

Antara model kereta yang terlibat dan disenaraikan oleh Toyota US.

• 2009-2010 RAV4
• 2009-2010 Corolla
• 2009-2010 Matrix
• 2005-2010 Avalon
• 2007-2010 Camry
• 2010 Highlander
• 2007-2010 Tundra
• 2008-2010 Sequoia

Kereta daripada Lexus atau Scion tidak disenaraikan oleh Toyota bagi panggilan semula daripada pasaran dan terdapat beberapa model lagi seperti Toyota Prius, Tacoma, Sienna, Venza, Solara, Yaris, 4Runner, FJ Cruiser, Land Cruiser, Highlander hybrids dan sesetengah model Camry yang masih berada di pasaran untuk jualan.





Walau bagaimanapun, Toyota sekali lagi menerima tamparan yang hebat apabila Prius  menjadi tambahan kepada senarai kereta yang ‘dipanggil semula’ (recall from the market) kerana masalah brek. Pasaran di Amerika dan di Jepun sendiri telah ditarik balik. Dan lebih malang lagi, Toyota telah difailkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk disaman kerana menyembunyikan masalah keselamatan pada kereta keluarannya.

Di Malaysia, tidak diketahui sama ada kereta Toyota yang telah di’recall market’ kerana masalah teknikal tersebut kerana tiada kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh Toyota.

Jadi, kepada mereka yang berangan-angan nak beli kereta Toyota tu… fikir le sebelum beli. Periksa dengan Toyota sendiri sama ada model yang dibeli adalah ‘market recall’ atau pun tidak. Pada pendapat saya lah kan, baik beli kereta Perodua aje.. sebab Perodua pun adik beradik dengan Toyota jugak kan..!!! Terutamanya Perodua Alza tu, downgrade dari model Toyota Passo. Apa lagi, jom beli……

RIZMAN M.A