Mengenal jenis pembaca blog anda

 

Sebagai seorang penulis blog, saya pasti ramai yang mahukan blog anda di ‘follow’ atau mendapat komen yang positif. Tetapi tahukah anda sebenarnya pembaca blog terdiri dari bermacam-macam jenis dan pelbagai ragam? Mereka adalah penentu kepada kejayaan sesebuah blog atau jangka hayat penulis blog.

1.) Ada pembaca blog sebenarnya hanya mahukan maklumat sahaja dan maklumat itu adalah amat penting dan diperlukan. Contohnya orang yang suka mencari duit melalui internet, mereka hanya akan mencari blog yang berkaitan dengan CARI DUIT sahaja. Mereka tak kan cari maklumat untuk memancing atau menanam pokok.

Oleh itu, sebenarnya target audience anda amat penting dan juga niche yang anda pilih. Jika anda memilh niche CARI DUIT sebagai tema blog anda, kena le tulis berkaitan dengan niche tadi.

2.) Ada pembaca blog yang memang benar-benar rajin membaca blog, terutamanya apabila blog anda mempunyai pengisiannya yang tersendiri atau memang sudah biasa dengan tulisan anda. Dia juga memang ‘sudi’ untuk mengklik apa yang patut (terutamanya Nuffnang) kerana dia tahu anda adalah penulis blog sejati.

3.) Ada pembaca yang cuma ‘terjah’ sebentar blog anda, tapi bukan baca pun blog tu. Mereka cuma nak dapatkan trafik untuk ke blog mereka pula dengan menggunakan blog anda sebagai platform

4.) Ada jenis pembaca blog, bila tengok tema kita pun dah bosan atau pun apabila loading yang lambat, menyebabkan mereka tak mau kembali.

5.) Ada pembaca blog yang lebih senang membaca blog anda melalui feedburner, email atau pun Google Readers. Mereka tak pergi pun ke blog anda.

6.) Ada juga pembaca blog (tidak semua) yang nakal-nakal melakukan spamming pada comment anda, bertujuan untuk mendapatkan trafik juga.

Saya dapat enam sebab, jenis-jenis pembaca blog di sekitar kita. Bagaimana pula dengan pendapat anda. Ada ynag mahu tambah?