Login Facebook dapat RM100? Boleh percaya ke?

Dalam seminggu ini agak lama juga saya tidak menulis dan entry kali ini ialah berkenaan dengan laman web sosial facebook. Sejak facebook ini wujud, maka semakin meriah dunia internet, terutamanya yang melibatkan sosial dan perniagaan.

Saya tidak akan menyentuh berkenaan sosial kerana itu memang sifat manusia, perlu hidup bermasyarakat. Saya mahu menulis berkenaan dengan beberapa individu yang menyalahgunakan kemudahan yang ada di facebook dengan menghantar spam yang bukan-bukan.

Terdapat satu mesej yang saya tidak ketahui sumbernya. Tajuknya ialah Login Facebook hari-hari dapat RM100!

Macam mana cerita tu? Kalau kita login facebook, buta-buta dapat RM100. Kalah gaji Engineer kilang bro! Kalau 30 hari bekerja dah RM3000. Confirm kalau yang kerja cuma operator pengeluaran yang bergaji RM650, tak payah bersusah payah bekerja, Ada akaun facebook, hari-hari dapat RM100. Sebulan dah RM3000. Buat apa kerja kilang ek!!!

OK! Di sini saya bukan nak kondem program ini tetapi ini hanya pendapat saya setelah saya meneliti pada website yang mempromosikan LOGIN FACEBOOK HARI-HARI DAPAT RM100 ni. Apa yang saya dapati dari program ini :-

i.) Ku ingatkan nak join tu free! Tapi tidak sama sekali! Anda kenalah deposit RM100.

ii.) Anda kena cari orang untuk join sebagai downline. Pulangan adalah 100%. Anda digalakkan mencari seramai mungkin sebagai downline anda dan anda juga perlu menggalakkan downline anda tadi untuk menjemput rakan-rakan mereka menyertai downline anda tadi. Maka anda sendiri dah dapat untung atas angin.

Bila tengok balik dan setelah mengkaji, hmm… lebih kurang macam MLM je.. Syarikat yang buat sistem ni pun tak tau sama ada berdaftar atau tidak dengan kerajaan.

OK kalau anda nak masuk.. pergi le ke website diaorang kat sini…. Anda memang berhati waja kerana sanggup mengeluarkan modal bagi program ini.

Tapi bagi saya, saya tak mau masuk.. Ayat je gempak! Login Facebook hari-hari dapat RM100 le konon…!!!! Cis!!!

RIZMAN M.A