Kehidupan sebagai seorang bloggers. Anda perlu menulis.

penulis

Apabila kita sudah terlibat di dalam dunia blogging ini,pasti anda akan tertanya-tanya di dalam diri sendiri. ‘Kenapa aku berada di dunia blog?’

Bila menceburkan diri di dalam penulisan atau pun mempunyai blog sendiri, adalah perlu diingat, blog tidak mungkin boleh hidup tanpa intipati atau isi kandungannya. Iaitu penulisan anda sendiri.

Website adalah berbeza dengan blog. Kandungan website tidak perlu diubah setiap hari dan kandungannya adalah tetap serta statik. Tema pada website juga adalah tetap. Contohnya website Petronas, website perniagaan, auction dan sebagainya.

Tetapi apabila di blog, anda sebenarnya bersaing dari segi idea, SEO dan gaya penulisan masing-masing. Untuk mendapatkan pembaca setia atau follower juga adalah salah satu cabaran penulis blogger. Macam buku novel, saingan anda ialah penulis novel yang lain. Mungkin cerita yang anda tulis lebih kurang sama dengan penulis yang lain, malah dari segi kreativiti juga, menunjukkan siapa diri anda dan bagaimana pemikiran dan kreatifnya anda bila menulis.

Blog tidak boleh hidup tanpa menulis. Ini kerana jika anda tidak update blog anda dalam jangkamasa yang lama, search engine tidak akan mengindekskan blog anda, dan pembaca blog anda mungkin tertunggu-tunggu penulisan anda yang seterusnya. Bila tidak update blog, pembaca bosan untuk ke blog anda dan mungkin tidak akan datang lagi melawat blog anda.

Oleh itu, jangan marah-marah jika blog anda tidak dilawati atau melihat ranking blog anda merudum. Itu adalah perkara biasa jika anda jarang update blog anda. Apa yang perlu anda lakukan, terus menulis dan mengupdate blg anda. Jika tidak boleh setiap hari, seminggu 3 kali pun bagi saya sudaj mencukupi.

Selamat berblogging dari saya.

RIZMAN M.A