I hate Fasha Sandha di Facebook dah hilang!

n275432682189_5457

Kerana marahkan Fasha Sandha atau pun mungkin juga cemburu, terdapat beberapa individu nakal telah mencipta satu laman atau Group di facebook yang dinamakan I HATE FASHA SANDHA. Sinonim dengan kontroversi sekitar tahun lepas, Fasha Sandha telah dijadikan bahan sindiran dan kebencian oleh pencipta group tersebut.

Peliknya, hampir 10000 orang telah menyertai Group tersebut. Saya ada melawat group HATE FASHA SANDHA ini tetapi tidak berminat untuk join, sebab saya bukan seorang kaki kondem orang. Pelbagai cemuhan boleh dibaca pada group ini ketika masih ada di facebook. Bukan sahaja satu Group. Hampir ada 5 group dicipta semata-mata untuk menunjukkan rasa benci kepada actress ini, antaranya ialah WE HATE FASHA SANDHA, I-Dont-Know-Who-Fasha-Sandha-is-But-I-Hate-Her dan sebagainya. Tetapi HATE FASHA SANDHA mengumpulkan ahli teramai.

Malangnya tadi, group HATE FASHA SANDHA ini tidak lagi boleh diakses. Bermakna sudah ditutup. Bagi saya, lebih baik aje ditutup, dari menambah dosa membenci orang itulah, orang inilah.. tuan punya badan tu sihat jugak. Kalau ada yang menonton siaran Melodi tengah hari tadi, jawapan dia standard le.. Macam tak rasa apa pun…! Walaubagaimana pun, biarlah dia meneruskan karier dia. Siap tercalon lagi untuk Anugerah ABPBH lagi..

Sedutan Video Melodi TV3 7hb FEB 2010 (Courtesy adammalek2200)

 

 

RIZMAN M.A