Di Malam Jumaat yang sayu

 

Hari Khamis, malam Jumaat. Malam Jumaat sudah begitu sinonim dengan masyarakat melayu sejak dari dahulu lagi hinggalah ke hari ini. Bagi masyarakat melayu dan jika anda perasanlah, malam Jumaat inilah yang paling meriah dalam banyak-banyak malam yang lain.

1.) Malam Jumaat biasanya jika di masjid-masjid, tahlil dan bacaan surah Yassin diadakan sebagai pengisian rohaniah, di samping menambah pahala dan ‘sedekah’ kepada ahli kubur.

2.) Bagi yang sudah berkahwin, inilah malam yang paling dinanti-nanti. Bolehlah ehem..ehem! Sunat dibuat di malam Jumaat jika kena dengan caranya dan disertakan dengan doa. Bukan main belasah aje…

3.) Jika di masjid-masjid di kawasan kampung, ceramah, muzakarah dan majlis ilmu sentiasa diadakan bagi menambah ilmu agama di dalam diri. Jika di bandar-bandar besar, biasanya diadakan majlis kiamulail.

Tetapi kini, malam Jumaat semakin dilupakan oleh anak-anak muda masa kini. Apa yang mereka faham malam Jumaat?

1.) Berkumpul bersama geng sekepala, buatlah benda yang bukan-bukan seperti minum minuman keras, berjudi di mesin judi atau berdansing di kelab-kelab murah.

2.) Yang dah tua tak sedar diri, pergi ke kelab dangdut. Berdansing dangdut menggelek-gelek punggung walaupun punggung dah tak mengancam.

3.) Buat racing haram di jalan-jalan utama dan mengancam nyawa orang lain dengan membawa motorsikal secara melulu. Kenapa lah pilih malam Jumaat jugak?

4.) Bagi belia remaja yang tengah dok bercintan sampai tergadai body, buat projek dekat hotel budget dengan sewanya RM10 sejam.

Dan macam-macam lagilah. Masjid semakin sepi, majlis ilmu seakan-akan tidak dipeduli lagi dan yang lebih kalut sekarang, orang hanya cop malam jumaat adalah malam untuk projek je… tapi kalau bab pergi mengaji surah Yassin.. Hampeh…..!!!

RIZMAN M.A