Bayi 5 bulan diliwat? Apa nak jadi dengan dunia sekarang?

 

Petikan dari Bernama -

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.

Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Jan lepas kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

“Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.

“Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata wanita berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

Arjunaidi berkata siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.

Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Feb dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori- BERNAMA

Moralnya di sini, kalau dah buat jahat tu, memang susah nak lari, kan dah kena tangkap. Tapi yang kesiannya bayi sekecil itu sanggup diliwat macam gitu sekali. Dah macam jadi trend pulak. Dulu kanak-kanak diseksa dengan dirotan teruk dan dicucuh puntung rokok. Tapi dah masuk alaf baru ni, seksanya bila bayi tersebut diliwat dan akhirnya mati.

Apa nak jadi dengan dunia kita sekarang. Akhir zaman ni, macam-macam dah berlaku. Mungkin dunia sudah mahu menghampiri penghujungnya tidak lama lagi.

RIZMAN M.A