Apabila sibuk, kita semakin lupa nak sembahyang!

 

Mungkin kali ini entry saya agak kontroversi kerana menyentuh salah satu tiang agama kita, iaitu sembahyang (solat). Ketika kecil, ibu bapa telah mengajar kita bahawa solat adalah penting, jangan tinggal solat. Bila nak pergi ke sekolah, mereka masih mengingatkan kita, solat jangan tinggal walaupun di sekolah.

Bila menyambung pelajaran di Universiti, kita masih lagi diingatkan bukan sahaja ibu-bapa kita, malah saudara mara yang terdekat. Apabila belajar, jangan lupa berdoa supaya kita mendapatkan result yang bagus dalam peperiksaan semester. Berdoa juga mestilah melalui sembahyang fardhu.

OK. Ini pula apabila kita sudah bekerja. Dengan tekanan kerja (terutamanya yang bekerja dalam sektor pembuatan – manufacturing) kerana mengejar dateline, output, kualiti dan sebagainya, otak kita hanya terfikirkan pada kerja sahaja. Tapi tak reti nak ingat untuk mengadapNya untuk seketika. Bukannya lama.., 5 minit je..

Bila nak balik kerja pulak. Dah le keluar pun pukul 7 malam, tengah jalan trafik jem pulak.. Sampai rumah confirm pukul 8. Bila masa nak sembahyang maghrib? Dan adakah trafik jem itu dijadikan alasan untuk kita lari dari menunaikan tanggungjawab kita terhadapNya.

Hidup kita perlu keberkatam juga dan perlu mendekatkan diri kepada Pencipta kita. Cuba kita renungkan kalau tertinggal sembahyang fardhu walaupun sekali, adakah kita tak rasa berdosa ke…? Kalau sembahyang fardhu pun culas, apa lagi sembahyang sunat kan?

RIZMAN M.A