Apabila kecewa dengan Nuffnang….!!!

image

Ramai penulis blog, tidak kiralah apa tema sekalipun dan rata-rata yang mendaftar di GengBlogger, saya lihat kebanyakan penulis blog pasti ada akaun Nuffnang. Begitu meriahnya blog-blog Malaysia dengan meletakkan Nuffnang sebagai ads utama mereka. Nuffnang memberikan RM0.25 per click sekiranya pelawat-pelawat blog ada mengklik pada ads Nuffnang (sekiranya Nuffnang memaparkan iklan seperti iklan sabun ke… Proton ke… atau iklan Mister Potato). Bayangkan jika pelawat yang mengunjungi blog anda seramai seratus orang sehari. Buta-buta aje dapat RM25 sehari.

Tetapi mungkin kebanyakan bloggers sejati kita yang setiap hari memasukkan entry. pasti akan bengang dan kecewa bila ads Nuffnang tidak memaparkan iklan langsung.

image

Macam tu le contoh bila dikatakan Nuffnang tengah tidur…..zzzz zzzz zzzz

Adakah anda merasakan bahawa Nuffnang sentiasa tidur? Jawapannya pasti ya…!!

Anda sebenarnya salah sekiranya mengharapkan Nuffnang sentiasa ‘bangun’ dan membawa ‘wang’ kepada anda. Amat sukar dijangka bila Nuffnang ads itu akan muncul. Jika blog anda dilawati dalam 100 ke 200 unique sehari, peratusan yang akan mengklik Nuffnang ads di blog tersebut mungkin hanya 10%. Itupun jika Nuffnang tu bangun.

Ada beberapa rakan blogger memberi tips bahawa jika mahukan Nuffnang bangun, kita kena ubah profile yang diset pada akaun Nuffnang. Contohnya ubah pada jumlah visitor yang datang berkunjung ke blog dan juga purata umur yang membaca blog.Tetapi saya berasakan bahawa kaedah itu kurang berkesan. Sama aje.. Tak de perubahan

Bagi mereka yang terlalu bergantung kepada Nuffnang, anda dinasihatkan supaya jangan menggalakkan pelawat anda mengklik Nuffnang ads tu.. Bahayanya sebab anda sudah pun melanggar TOS Nuffnang ( Term of Services ) kerana menggalakkan orang ramai mengklik. Kalau nak suruh orang klik pun jangan le terang-terang kat blog. Mungkin punca Nuffnang tidur pun disebabkan penggalakkan anda kepada orang lain untuk klik ads tu…

Saranan saya, cuba cari company lain pulak selain Nuffnang! Contohnya pasang aje Google Adsense. Tetapi untuk memasang Google Adsense pun ada caranya sebab biasanya kalau blog berbahasa melayu memang tak pernah disahkan ( dapat approval ) dari Google ni..! Anda kena menulis beberapa post dalam bahasa inggeris dulu, baru dapat approval.

Bergantung kepada Nuffnang semata-mata untuk mendapatkan pendapatan buat masa ini bukanlah mudah sebab Nuffnang juga bergantung kepada pihak pengiklanan yang menggunakan khidmat mereka dan Nuffnang pun nak bayar gaji pekerja diaorang jugak…!! Ingat-ingat tu…!!!!

RIZMAN M.A