Apa itu Adf.ly?

adf-ly

Saya ada terjumpa sebuah halaman menarik yang fungsinya lebih kurang sama seperti tinyurl. Jika tinyurl berfungsi untuk memendekkan link anda yang panjang berjela tu, adf.ly juga mempunyai versi yang sama. Cuma bezanya kita boleh menjana wang dengannya.

Bagaimana menjana wang dengan adf.ly? Selepas anda memendekkan link, link yang anda pendekkan tadi dapat menjana wang bergantung kepada jumlah klik pada link tersebut, lebih ramai yang klik pada link, maka lebih banyak yang anda dapat. Cuma bagi anda yang merasakan jumlahnya terlalu sedikit, maka anda carilah sama ada boleh jumpa website yang memberikan perkhidmatan begini kepada anda. Setakat ini, Tinyurl tidak memberikan apa-apa dari segi janaan wang. Tetapi sebaliknya berlaku kepada adf.ly ‘Minimum Pay out yang dibenarkan adalah serendah USD5.00 dan akan dibayar melalui Paypal.

Anda perlu mempunyai akaun PayPal atau pun AlertPay untuk menerima wang hasil dari klik tersebut. Tapi bukan sendiri klik arr… Setiap klik diberi USD0.001.

Terpulang pada anda sama ada mahu menggunakan servis adf.ly untuk memendekkan link anda yang panjang berjela itu. Sesuai untuk bisnes online anda dan apabila anda mahu mempromosikan bisnes online anda kepada kawan-kawan melalui email.

Anda mahu cuba adf.ly? Klik sini.

Sebarang soalan bagi adf.ly ini, boleh kemukan soalan anda pada borang komen di bawah.

RIZMAN M.A