Ajaran sesat di Malaysia. Kenapa masih ada lagi?

 

Masih ada lagi orang kita yang masih lagi percaya kepada beberapa amalan atau kepercayaan yang lari dari iktikad ajaran Islam yang sebenar. Dalam 2 tahun lepas, berita ‘kerajaan langit’ Ayah Pin kita masih lagi segar diingatan kita, bagaimana ajaran beliau akhirnya sampai di penghujung apabila markas mereka diserbu. Tetapi, sehingga kini Ayah Pin masih tidak ditemui, walaupun beberapa pengikut dan isteri-isterinya ditahan.

Semalam, keluar pula berita pengikut ajaran “ kumpulan Ajaran Abdul Rejab Ahmad “ dihadapkan di mahkamah syariah kerana mengembangkan doktrin ajaran palsu mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Persoalannya, kenapa masih ramai orang-orang kita masih lagi percaya dengan doktrin ilmu sedemikian? Adakah ajaran Islam sebenar masih lagi tidak lengkap dan mereka mahu pada ‘pembaharuan kepercayaan?'

Dalam beberapa siri tangkapan ajaran sesat ini, apabila diajukan soalan kepada mangsa-mangsa ini, kebanyakan jawapan mereka adalah sama. ‘Terpukau dengan ucapan dan ajaran baru yang disampaikan. Maka mereka mahu mendengar dan mengikuti ajaran tersebut!’

Orang kita mudah sangat percaya pada benda-benda yang tidak sepatutnya mereka percaya. Jadi pegangan agama yang kukuh adalah perlu untuk menghindari kepercayaan yang tidak selari dengan ajaran Islam sebenar.