Adverlets.com SCAMS besar pengiklanan internet.

image

Sekiranya anda pernah mempunyai akaun bersama Adverlets sebelum ini, diharap anda boleh melupakan terus servis mereka. Kenapa saya berkata demikian? Sebab sudah ramai orang yang merasakan telah tertipu dengan program ads yang kononnya boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan.

Pada satu ketika, Adverlets dikatakan pesaing terdekat Nuffnang dan mereka saling bersaing dan mencabar di antara satu sama lain untuk mendapatkan bakal prospek masing-masing. Selain penulis blog, mereka bersaing untuk mendapatkan pihak pengiklan untuk mengiklankan produk melalui servis yang diberikan oleh Nuffnang dan Adverlets.

Selepas beberapa tahun beroperasi, maka Adverlets telah menerima tamparan hebat apabila kebanyakan pengguna mula mempersoalkan jumlah ‘earning’ yang dikatakan amat sedikit dan juga apabila ada yang masih tidak dapat bayaran sesen pun walaupun buat promosi bagai nak rak melalui internet di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kebanyakan pengguna menghentam Adverlets melalui website seperti NoGold, CariGold dan yang seangkatan dengannya (web berbentuk forum yang perbincangannya lebih kepada menjana wang di internet).

Dan apa hasil dari kritikan pengguna Adverlets. Hah.. akhirnya web Adverlets sudah tidak boleh diaccess lagi. Tak percaya, cuba pergi ke link mereka di http://adverlets.com. Apa hasilnya? Jadi web parking.

Kepada mereka yang rasanya dah tertipu, dah le… banyakkan bersabar. Banyak lagi web pengiklan di alam maya yang boleh kita sertai untuk menjana wang di internet, Tapi bukan dengan Skim Cepat KAYAP arr… Err.. Ada sesiapa yang dah cuba DAPATWANG.COM tak?

RIZMAN M.A