Aduka Taruna mintak dana?

adukat[9]

Sudahlah ditahan dan disiasat kerana menghina kesultanan Johor, siap mintak dana pulak! Ada beberapa penulis blog diluar sana yang bersimpati kepada si Aduka Taruna ni ( Aduka Tarak Guna – katanya si alkisah-Hizamy ) dan meminta orang ramai yang sama-sama bersimpati supaya mengumpul dana dan derma. Tujuannya adalah kononnya untuk membiayai kos mahkamah, sekiranya si Aduka ini dihadapkan di mahkamah.

Blog Aduka Taruna sudah popular kerana penulisannya yang kontroversi, justeru tidak mustahil jika ada yang mengambil kesempatan, kononnya untuk mengumpul dana untuk si Aduka , tetapi sebenarnya untuk memenuhkan poket sendiri. Ha.. ha..ha..ha.. Aduka Taruna mungkin tak dapat se sen pun.

Walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang nak menderma, silakan. Tiada bantahan!

Dengan muka yang tak bersalah tu, mau mintak derma pulak! Tak malu ke?

Artikel dari Hizamy boleh dibaca di sini : Menderma dana untuk Aduka?