Program Realiti TV yang sudah tidak realiti lagi

60th-primetime-emmys

 

Apa pendapat anda tentang program realiti tv yang semakin banyak di televisyen di Malaysia sekarang ini? Seolah-olah stesen TV yang ada macam berlumba-lumba mengadakan rancangan realiti tv dan menggalakkan remaja-remaja di luar sana untuk hidup se’glamour’ celebriti tv yang telah pun dilahirkan menerusi platform realiti tv.

4 tahun yang lepas, salah satu realiti tv yang disiarkan di TV3 ( Mencari Cinta ) telah menerima kritikan yang hebat dari masyarakat Malaysia, khasnya masyarakat melayu kerana program ini telah menyebabkan nilai-nilai murni masyarakat dan adat melayu tidak lagi dihormati kerana bakal pasangan harus dipilih berdasarkan kepada undian orang-ramai. Sebenarnya, orang yang terlibat dalam program ini pun bukanlah bercinta-antara satu sama lain.





Program realiti hiburan pun semakin lama semakin banyak. Dengan meletakkan kononnya tenaga pengajar yang mengajar para peserta, memarahi peserta dan menyatakan terang-terang yang si polan itu tak bagus lah, suara macam katak lah dan apa juga bentuk sindiran, seolah-olah tenaga pengajar dan peserta diberikan “SKRIP” untuk mereka berlakon di hadapan kamera bagi tontonan orang ramai. Bila diundi keluar, berjejeran air mata tumpah ke bumi menandakan lakonan mereka berjaya.

Akhir sekali, saya tidak nampak keperluan terlalu banyak program-program realiti tv berbentuk pencarian bkat baru dalam nyanyian dan lakonan. Penyanyi yang lahir dari program hiburan ini pun bukan semuanya berjaya.

Apakah moral yang boleh diambil dari program realiti tv ini?

a.) Supaya hidup bermewah-mewah?

b.) Berlagak di depan masyarakat yang mereka adalah terbaik?

c.) Ikhlas membantu keluarga?

d.) Supaya remaja-remaja berpeluang untuk hidup berjaya seperti celebriti yang lain?

RIZMAN M.A