Perbankan Internet: Adakah masih lagi selamat digunakan?

image

Screenshot dari blog Ceritamelayu

Kali ini saya mahu menulis tentang satu lagi cara, yang telah menyalahgunakan kemahiran mereka untuk menipu menggunakan email berbentuk phishing.

Gambar di atas merujuk kepada perkara yang telah saya tulis tadi.

Jika anda perasan pada ‘email address’ pada ‘from’ , anda akan dapati alamat emailnya sememangnya alamat penipu. Untuk kes Maybank ini, alamat emailnya adalah ‘notice-important@security.my’. Sekiranya anda perasan, pada sebelah kiri email itu sahaja sudah menunjukkan si penipu ini tidak cekap apabila email setting dibaca sebagai Mybank2u Important Notice (Maybank dibaca sebagai Mybank)

Anda baca dan fahamkan email ini. Biasanya si penipu akan memberitahu bahawa akaun anda kena ‘block’ kononnya, ataupun password anda kena reset oleh Maybank kerana salah login, ataupun mengatakan bahawa akaun anda dibekukan (freeze) untuk seketika.

Sekiranya anda menerima email phishing seperti ini, anda abaikanlah email itu atau pun buang sahaja ke dalam ‘Thrash’ kerana ia dalah email terang-terangan menipu kita bertopengkan website perbankan.

Sebenarnya, jika anda tertipu apabila klik pada link login tersebut, ia bukanlah membawa anda ke halaman web Maybank, sebaliknya ia akan membawa anda ke website yang lain (sama bentuk macam Maybank). Anda pasti tertipu sekiranya anda tidak memerhatikan alamat web penipu itu. Biasanya jika Maybank, alamatnya ialah di https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login. Tetapi bagi alamat penipu ini, ia bukan seperti di atas. Alamat webnya mungkin menggunakan ‘server address’ dan biasanya bukan bermula dengan ‘https://’

Bagi yang  pernah menerima email phishing ini, saya nasihatkan yang anda perlu dapatkan ‘confirmation’ dari bank terlebih dahulu sama ada betul atau tidak akaun perbankan internet anda pernah direset password? Betul ke kena blok? Betul ke akaun freeze? Jawapannya pasti tidak.

Yang pasti, perbankan internet masih selamat digunakan, hanya kepandaian dan kebijaksanaan anda sahaja yang menentukan supaya password anda tidak jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

RIZMAN M.A