Penulis blog yang gagal mengikut etika penulisan blog.

Berita di TV menyiarkan rasa tidak puas hati rakyat Johor apabila seorang penulis blog di dalam penulisan dan komennya telah menyentuh dan menghina Almarhum Sultan Johor yang baru sahaja mangkat dan dimakamkan pada Sabtu yang lepas. Dimaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan penulis blog tersebut. Justeru, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui menteriya Datuk Dr Rais Yatim menyerahkan kepada suruhanjaya multimedia untuk menyiasat, seterusnya akan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Saya rasa tindakan selanjutnya tentulah ke mahkamah dan penulis blog tersebut pasti akan didakwa. Prosiding mahkamah pun bukanlah senang kerana dia mesti mencari peguam yang hebat.

Memang betul negara kita merupakan sebuah negara demokrasi dan boleh bersuara. Tetapi kita masih tidak bebas bersuara sepenuhnya, terutamanya yang menyentuh institusi raja berpelembagaan di mana raja atau sultan diletakkan di tempat tertinggi negara.

Di Malaysia sekarang, sebagai penulis blog jangan ingat anda bebas untuk menulis atau menghentam apa sahaja terutamanya ketidak puas hati anda kepada Sultan atau Raja, serta menyentuh keperibadian dan membuat fitnah. Sebab apa-apa hal nanti, bila yang dituduh atau dimalukan melalui penulisan blog mengambil tindakan undang-undang, si penulis blog tadi yang merana kerana selain blognya ditutup, dah masuk court aje duit banyak habis, silap-silap harta kena rampas, saman kena jutaan ringgit atau muflis terus.

Oleh itu beringat-ingatlah ketika menulis di blog.Kalau tiada dakwaan atau tindakan undang-undang dibuat, mungkin anda masih selamat. Jangan sekali-kali menulis blog yang menyentuh berkaitan dengan raja. Silap haribulan ada pulak penggubalan undang-undang, siapa menghina raja dan tidak disertakan bukti kukuh, silap haribulan dihukum mati… Bahaya beb!