Penulis blog Aduka Taruna menyerah diri

 

Selepas menggemparkan seluruh rakyat Malaysia kerana penulisan blog terlampaunya terhadap almarhum sultan Johor dan juga kerabat Di Raja Johor, dia akhirnya menyerah diri kepada polis di IPD Kota Bharu, Kelantan. Diulang, di Kota Bharu. Bukannya di Johor Bharu.

Mati mati kita ingat dia ni orang Johor ( mungkin juga ).

Dia menggunakan medium blog untuk menyemai rasa benci rakyat pada institusi raja, mungkin kerana dia bukan orang Johor dan dia merasakan dia berhak mengutuk dan menghina sultan yang bukan dari negeri sendiri. Tetapi sebenarnya dia tidak tahu, seluruh rakyat Malaysia sedang menyumpah seranah diri si Aduka malang ni. (Kecuali kalau ada spesis sama macam perangai si Aduka ini.

Dalam tempoh dua hari, si Aduka begitu popular dan blognya sahaja mencatatkan pengunjung yang ramai. Permohonan maaf si Aduka telah dikomen seramai 773 orang setakat artikel ini ditulis.

Menghina institusi raja, bermakna mungkin si Aduka dikenakan hukuman berat. Tetapi sedarkah kita masih banyak lagi penulis blog di luar sana masih menghentam institusi raja ini? Cuma tidak dibuat aduan aje.. Yang nampak memanglah confirm kena! Yang tak nampak? Contohnya di Perak sahaja sudah menggambarkan antara Pro dan Kontra institusi raja, walaupun sebenarnya Sultan Perak melakukan tugas mengikut perlembagaan.

Walau bagaimanapun, saya juga ingin menasihatkan diri saya sendiri untuk tidak menulis perkara yang boleh menyebabkan kemarahan orang ramai. Itu sahaja!

RIZMAN M.A