Pendedahan : Firefly Enterprise. Boleh percaya ke?

Pendedahan untuk kali ini. Skim Firefly Enterprise! Ini bukanlah FireFlyz syarikat penerbangan kepunyaan Datuk Tony Fernandez. Tetapi ini adalah sebuah syarikat skim cepat kaya yang berlindung atas nama ‘Enterprise itu sendiri. Sila baca ayat-ayat di bawah ini dan anda nilaikan sendiri sama ada benar atau sebaliknya, kerana ada kawan saya baru-baru ini memberitahu bahawa dia telah ditipu oleh agen skim Firefly ini, dan menghilang entah ke mana. Duit sebanyak RM2000 hangus dilarikan oleh agen tadi.

Tujuan saya menyiarkan iklan di bawah bukan berniat untuk mengajak anda masuk ke dalam skim merapu ini. Hanya untuk penilaian dan ulasan anda terhadap kebanyakan skim Ponzi ini,

Antara ayat dan iklan dari FireFly Enterprise:-

FireFly Enterprise telah menawarkan satu peluang menjana income yang sangat lumayan dan juga merupakan satu-satunya syarikat yang menawarkan dana kepada ahli-ahli untuk menyertai peluang perniagaan ini.Yang lebih menarik dana-dana ini tidak perlu membayarnya kembali...Pelik Tapi Benar..
Ada 4 jenis dana iaitu:
1-RM1000
2-RM2000
3-RM4000
4-RM10,000
1-Dana RM1000
-untuk dana RM1000 kita dikehendaki membayar wang komitmen sebanyak RM100 sebagai penerima dana.RM100 ini untuk didaftarkan nama kita sebagai penerima dana.Wang komitmen ini akan dipulangkan bersama dana apabila sampai masanya nanti.
-Setelah didaftarkan sebagai penerima dana..kita dihendaki mengajak 4 orang rakan kita yang berminat dengan dana ini.Setelah cukup 4 orang baru nama kita akan diproses.
-Tempoh dapat adalah 14 hari bekerja paling lambat.Berdasarkan rekod setakat ini belum ada yang pernah sampai 14 hari..Biasanya memang cepat.
-Sampai masanya kita akan dapat sebanyak RM1100...Syarikat akan tolak sebanyak RM200 sebagai yuran pengurusan.Baki ada lagi rm900..dari baki RM900 ini kita dikehendaki menyertai program syarikat sebanyak RM375.Baki RM525 kita boleh gunakan untuk buat apa sahaja dan kita tak perlu membayarnya kembali..
2-Dana RM2000
-untuk dana RM2000 kita dikehendaki membayar wang komitmen sebanyak RM200 sebagai penerima dana.RM200 ini untuk didaftarkan nama kita sebagai penerima dana.Wang komitmen ini akan dipulangkan bersama dana apabila sampai masanya nanti.
-Setelah didaftarkan sebagai penerima dana..kita dihendaki mengajak 4 orang rakan kita yang berminat dengan dana ini.Setelah cukup 4 orang baru nama kita akan diproses.
-Tempoh dapat adalah 14 hari bekerja paling lambat.Berdasarkan rekod setakat ini belum ada yang pernah sampai 14 hari..Biasanya memang cepat.
-Sampai masanya kita akan dapat sebanyak rm2200...Syarikat akan tolak sebanyak RM300 sebagai yuran pengurusan.Baki ada lagi RM1900..dari baki RM1900 ini kita dikehendaki menyertai program syarikat sebanyak RM750.Baki RM1150 kita boleh gunakan untuk buat apa sahaja dan kita tak perlu membayarnya kembali..
3-Dana RM4000
-untuk dana RM4000 kita dikehendaki membayar wang komitmen sebanyak RM400 sebagai penerima dana.RM400 ini untuk didaftarkan nama kita sebagai penerima dana.Wang komitmen ini akan dipulangkan bersama dana apabila sampai masanya nanti.
-Setelah didaftarkan sebagai penerima dana..kita dihendaki mengajak 4 orang rakan kita yang berminat dengan dana ini.Setelah cukup 4 orang baru nama kita akan diproses.
-Tempoh dapat adalah 14 hari bekerja paling lambat.Berdasarkan rekod setakat ini belum ada yang pernah sampai 14 hari..Biasanya memang cepat.
-Sampai masanya kita akan dapat sebanyak RM4400...Syarikat akan tolak sebanyak RM500 sebagai yuran pengurusan.Baki ada lagi RM3900..dari baki RM3900 ini kita dikehendaki menyertai program syarikat sebanyak RM1575+RM402=RM1977.Baki RM1923 kita boleh gunakan untuk buat apa sahaja dan kita tak perlu membayarnya kembali..
4. Dana RM10000
-untuk dana RM10000 kita dikehendaki membayar wang komitmen sebanyak RM2000 sebagai penerima fee. tiada sebarang dokumen yang diperlukan.
- tempoh proses paling cepat 3 hari dan paling lambat 9 hari bekerja
-Bila masa kita dapat RM10K nie, syarikat akan potong RM6375 untuk joint program dengan eazyforce sdn bhd.
Balance sebanyak RM3625 kita akan dapat cash kat tangan dan boleh buat apa sahaja yang kita suka...
-Setelah 10hari kita akan dapat lagi sebanyak RM3170. Ini adalah hasil daripada program yang kita join dengan eazyforce sdn bhd.
-Jumlah keseluruhan yang kita telah dapat adalah berjumlah RM3625+RM3170 = RM6790.
-Kalau tolak modal RM2000, maknanya kita untung RM4790
-kita boleh gunakan untuk buat apa sahaja dan kita tak perlu membayarnya kembali..

Banyak benda atau perkara yang boleh saya persoalkan di sini berkenaan dengan dana-dana yang disediakan oleh syarikat yang bernama Firefly Enterprise ini. Di antara soalan-soalannya:-

1.) Tiadanya konsep deposit, ia diubah nama menjadi wang komitmen.

2.) Pandai betul. Bagi dana yang bermula dengan RM1000 hingga RM4000, selepas membayar wang komitmen disuruh pula cari 4 orang. Bila dapat 4 orang, nama baru diproses untuk melayakkan kita mendapat dana.

3.) Bila dapat jumlah dana, syarikat berhak memotong sejumlah wang (bergantung pada dana yang dipilih) kononnya untuk kos pengurusan. Ada lagi…!! Kena potong lagi sejumlah wang untuk menyertai program syarikat. Ini bisnes konsep apa?

Sekiranya anda berfikir untuk menyertai skim seperti ini, dan sanggup ambil risiko untuk wang hanguszz, anda join le.. Saya sendiri sudah angkat tangan dulu.

Bagaimana. Anda berani?

RIZMAN M.A