Menjadi juara terhadap diri sendiri.

FBL-EUR-C3-RANGERS-ZENIT-CUP

Bagaimana anda pada hari ini? Adakah anda sudah menjadi juara? Tidak kiralah anda di mana sekarang, anda adalah juara kepada diri sendiri. Itulah ungkapan yang saya terima daripada guru-guru saya ketika melanjutkan pelajaran di peringkat universiti suatu ketika dulu.

Kenapa mereka berkata bahawa setiap insan di dunia ini dilahirkan untuk menjadi sang juara? Pada mulanya saya terfikir bahawa kita adalah juara sekiranya kita memasuki gelanggang pertandingan, di situlah kita akan menjadi juara. Contohnya masuk gelanggang takraw ke, gelanggang silat ke, dan apa juga yang boleh menjadikan anda juara selepas menjalani latihan, bergantung kepada apa jenis pertandinagn yang anda sertai.

Sebenarnya kata-kata cikgu saya bukanlah bermaksud untuk menjadi juara dalam pertandingan sahaja. Menjadi juara bermakna sekiranya kita sudah berusaha dan bersedia dengan apa juga kekuatan yang kita ada, maka kita harus mendapatkan apa yang kita inginkan dan jika anda gagal sekali, sebenarnya kegagalan itulah yang memberi tunjuk ajar kepada diri sendiri untuk memperbaiki semula apa juga kelemahan kita, sebelum bangkit semula dan menjadi juara dalam bidang yang kita ceburi.

Agak lama saya tinggalkan alam persekolahan sejak hampir 16 tahun yang lalu dan hampir lupa pada kata-kata perangsang ini dan selepas hampir 16 tahun juga, baru saya sedar bahawa untuk berjaya dan mahu menjadi juara, kita perlu musahabah diri untuk bangkit semula dari kekalahan yang lalu.

Saya akui banyak perkara yang telah saya alami sejak berada di alam pekerjaan dan hati saya mudah patah dan hilang semangat apabila mengalami stress yang melampau, akibat tidak boleh mengendalikan masalah sendiri dan beberapa kegagalan yang saya tempuhi. Tetapi lama kelamaan kegagalan yang saya alami, saya kumpulkan dan membuat bedah siasat sendiri kenapa saya gagal dalam sesuatu perkara.

Nilai murninya di sini, jika kita gagal sekali, bukanlah bermaksud kita akan gagal selama-lamanya dan anda akan terus gagal jika tidak bangkit semula dari kekalahan.

RIZMAN M.A (http://mohdrizmanma.com)