Kenapa program saya tidak boleh dibuka selepas memasang semula di Window 7?

windows-7-aurora-green-wallpaper

Untuk post kali ini, saya akan menulis perkara teknikal berkenaan dengan Window 7. Saya yakin yang anda di luar sana mungkin sudah mencuba Window 7, tidak kiralah sama ada anda membeli perisisan ini, ataupun anda mencubanya pada versi percubaan ( Window 7 Trial Edition ) yang valid selama 60 hari.

Ada beberapa persoalan yang diajukan oleh rakan saya yang lain. Soalan yang paling biasa saya dengar ialah kenapa apabila memasang program ( terutamanya game lee ), game tersebut tidak boleh lagi dimainkan (walaupun pada mulanya boleh install di Window 7)?

Untuk pengetahuan anda semua, Window 7 mempunyai arahan untuk memainkan game yang dikatakan ‘tak boleh load’ atau ‘tak boleh main’ tadi.

Saya ambil contoh pada komputer saya sendiri, saya ada memasang game SIM2 tetapi selepas itu bila klik pada icon SIM2, game tak boleh nak upload.

Cara untuk memastikan Game ini boleh dimainkan semula:-

1.) Pergi pada icon yang ada pada desktop, klik pada mouse anda di sebelah kanan. Anda akan dapat melihat popup menu seperti di dalam gambar di bawah. Pergi pada properties dan klik pada properties tersebut.

image

2.) selepas anda klik pada properties, satu lagi popup menu akan muncul. Di sana terdapat beberapa lagi menu pada popup tersebut. Anda pergi ke bahagian ‘Compabilities’.

image

3.) Pada bahagian ‘Compabilities’ tersebut, anda tandakan pada bahagian “Run this program under compability mode for”.

4.) Pergi pada bahagian ‘drop down menu’. Di sana terdapat beberapa menu yang merujuk kepada versi Window yang sebelumnya. Sekiranya anda pasti yang program dipasang itu sesuai pada mode Window XP, sila pilih Window XP sebagai mode.

image

Di harap post ini dapat merungkaikan masalah anda kenapa program anda tidak berjalan apabila berada dalam Window 7. Sebenarnya Window 7 membenarkan anda untuk load program yang hanya boleh dimainkan oleh Window XP.

 

RIZMAN M.A