Janaduit2u.Com : Satu lagi web jana duit

image


Alahai.. Hmm entah le..

Kali ini ada pula yang mempromosikan website ni kat saya (Janaduit2u.Com). Seperti penulisan saya yang lepas (dapatwang.com), janaduit2u.Com ni lebih kurang sama sahaja.

Janaduit2u.com kalau diikutkan pada informasi yang diberi, ia telah dilancarkan pada 11 Jan yang lalu dan keahliannya sudah mencapai hampir 900 orang.

Sistem yang diguna oleh Janaduit2u ini macam MLM juga, anda kena jadi ahli dengan bayaran RM20, lepas tu anda perlu mencari orang di bawah anda. Ia menggunakan sistem matrix.

Walau bagaimana pun, saya tidak dapat menjejaki siapa pemilik website sebenar ini kerana ia langsung tidak dinyatakan di dalam website ini dan tidak diketahui sama ada betul atau tidak mereka menjual barang seperti ebook atau produk digital yang lain. Cuma saya takut ia hanya akan meng’kaya’kan pemilik website ini sahaja dan bukannya membantu ahli.





Jika anda berminat nak menyertai program seperti ini, anda pergi ke website mereke di sini. Tetapi saya tidak menggalakkan anda memasuki website skim jana wang seperti ini. Anda siasat dahulu sama ada website ini mendapat kebenaran dari pihak berwajib atau tidak. Jika mereka berlesen, silakan masuk. Jika mereka tak ada lesen, bersiap sedialah wang anda untuk lebur sekiranya website ini hilang seperti DanaFuture dahulu.

RIZMAN M.A