Harga minyak bakal naik ke 1 Mei ni?

minyak2 

Rasanya topik ini bakal mencetuskan polemik terutamanya pengguna jalan raya. Baru-baru ini saya telah dikhabarkan oleh beberapa kawan saya tentang kenaikan harga minyak petrol. Di Malaysia ada dua jenis petrol yang digunakan oleh para pengguna iaitu jenis RON95 ( harga sekarang RM1.80) dan RON97 (harga sekarang RM2.05).

Saya tidak tahu sama ada sumber berita ini sahih atau tidak, tetapi menurut sumber ini harga minyak akan disetkan kepada RM3.90 bagi RON97 dan RM3.70 bagi RON95, tetapi bagi kereta nasional, harga minyak akan dikurangkan 40%. Inilah yang dikatakan mekanisme harga minyak yang akan disetkan pada 1 Mei depan.

Walau bagaimanapun, kita tunggu pada 1 Mei ini dan pengumuman pihak kerajaan bagi harga baru minyak ini, kerana mereka yang menentukan harga dan pasti mereka sudah buat post mortem tentang mekanisme harga munasabah dan siapa yang akan terasa dengan harga kenaikan minyak Tetapi kalau betullah naik macam harga yang dinyatakan, confirm stesen minyak seluruh negara akan menghadapi ‘kesesakan melampau’ dan kehabisan stok kerana di Malaysia, bila apa sahaja barang yang naik harga, masing-masing berebut nak beli.

Macam mana? Perlu ke macam tu?

RIZMAN M.A