Denda maksimum sehingga 1/2 juta kepada pengusaha bas?

76991913

Kerajaan mahu melaksanakan hukuman yang lebih berat kepada setiap pengusaha bas yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan kematian. Jumlah maksimum yang akan dikenakan adalah sebanyak RM500 000. Langkah ini melibatkan pindaan akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987. Jika diluluskan oleh kabinet, pengusaha bas akan menerima hukuman seperti di atas, sekiranya kemalangan tersebut menyebabkan kematian kepada penumpang bas.

Adakah apabila denda yang berat ini boleh menyedarkan pihak pengusaha bas terbabit? Dan adakah ia dapat mengurangkan kemalangan yang melibatkan bas di lebuhraya setiap tahun? Jika dipandang dari sudut kesedaran, mungkin jumlah RM500 000 adalah jumlah yang terlalu besar bagi pengusaha bas, terutamanya di peringkat pengurusan (Management). Tetapi di pihak management tu sendiri, adakah mereka sedar dan membuat ‘edisi siasat’ mereka sendiri, kenapa muktahir kini banyak berlaku kemalangan bas di lebuhraya?

Antara jawapan dan persoalan yang sering timbul setiap kali berlaku kemalangan bas.

a.> Pemandu tidak cukup tidur. ==> Kalau pemandu bas ekspress cuma seorang aje, lepas tu buat trip sampai 2 ke 3 kali, confirm driver bas tu pancit leee… Bawak bas gerenti terhuyung hayang, sakit kepala lagi, badan pun penat.. Takkan Management tak reti pikir benda macam ni…

b.> Gaji pemandu bas dibayar terlalu murah ==> Gaji pemandu bas kalau baru masuk kerja dibayar di antara RM1200 hingga RM1700. Gaji pemandu trak boleh mencecah RM4000. Lebih baik pemandu bas tadi bawa trak aje.. Gaji kalau dah rendah,mesti kena buat OT kalau nak duit lebih. Tak ke penat pemandu bas tu.. Ini pun management tak reti nak pikir pun…

c.> Management tak nak lantik lebih ramai pemandu bas, kononnya nak ‘cut cost’. Pakai sorang driver pun tak ape…

d.> Tiadanya latihan susulan atau pun membuat audit terhadap bakal pemandu bas ekspress. Asal main ambik aje… asal dapat untung.. Yang penting..masyuuk aje…

Bagi saya, memang patut pun RM500000 tu.. Semuanya salah pihak pengurusan (management) bas tu sendiri, Maafkan saya jika post kali ini agak kasar bahasa, tetapi inilah realiti syarikat pengusaha bas sekarang. Jika tidak ada perubahan, makin ramai yang mati katak dalam bas sahaja. Oleh itu, fikir-fikirlah





RIZMAN M.A