DapatWang.Com , adakah boleh dipercayai?

Baru-baru ni saya mendapat jemputan dari rakan facebook saya untuk join melalui link beliau ke website dapatwang.com. Sebelum ini saya tidak tahu pun kewujudan website ini. Kebiasaannya sebelum saya mahu menyertai apa-apa yang berkaitan dengan duit, saya biasanya akan selidik dahulu. Tak mahu terkena dengan kes ABB fund dulu kerana kebodohan dulu.

image

Layout website dapatwang.com seperti di atas.

Website DapatWang.Com memberitahu melalui websitenya yang mereka menjalankan perniagaan berbentuk advertisement dan PPC ( pay per click ). Bergantung kepada jumlah pakej yang anda ambil, anda boleh menjana pendapatan hanya dengan mengklik pada iklan. Lebih kurang macam konsep autosurf juga.

Pakej yang ditawarkan oleh DapatWang.Com adalah seperti ‘Platinum Package’ (RM400), ‘Gold Package’ (RM200), ‘Silver Package’ (RM100), dan Bronze Package (RM50). Bergantung pada pakej yang disertai, anda akan mendapat klik setinggi RM0.50 perklik (bagi pakej Platinum)

Menurut rekod yang terpampang pada sidebar sebelah kiri website ini, jumlah keahlian mereka setakat 9hb Januari 2010 adalah hampir 13000 orang dan jumlah yang dibayar kepada semua ahlinya adalah hampir RM400 000

Website ini penuh dengan banner dan iklan-iklan yang memang diletakkan oleh pemilik website ini.

image 

Kalau mengikut pada informasi web ini, program ini dilancarkan pada 1hb Oct 2009, tetapi apabila saya pergi ke domain search, sebenarnya domain DapatWang.Com ini telah didaftarkas sejak tahun 2006 lagi. Mana satu yang betul?

Saya tidak berminat untuk memberi ulasan yang panjang lebar terhadap website ini kerana di luar sana pun, sudah banyak forum-forum atau pun personal blogger yang lain telah pun memberi ulasan sama ada yang pro DapatWang.Com atau pun yang Kontra. Anda boleh mencari maklumat tersebut melalui Bing atau Google

Saya masih mengkategorikan yang website ini lebih kepada program autosurf kerana menggunakan wang atau deposit daripada orang ramai, kemudian menghendaki orang ramai supaya klik pada iklan untuk jangkamasa yang tertentu. Kalau website ini boleh pergi jauh dan boleh menjana pendapatan pada ahlinya, itu memang bagus. Tetapi saya bimbang akan jadi seperti empat tahun yang lepas. Ada sesiapa yang pernah join 12DailyPro dulu?

Ke mana duit tu semua pergi lepas pemiliknya (Charis Johnson) dihadapkan ke mahkamah di US? Anda fikir-fikirlah sendiri ( Lu pikirlah sendiri !!! ) kalau benar anda mahu menyertai program Jana wang seperti DapatWang.Com

Alamat website ini ; http://www.dapatwang.com

RIZMAN M.A