Bila subsidi gula ditarik RM0.20

Kerajaan telah menetapkan kenaikan harga gula pada baru-baru ini daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram. Walaupun tujuan harga gula ini dinaikkan RM0.20 dengan alasan harga gula di pasaran antarabangsa juga semakin berkurangan, tetapi kalau ditafsirkan secara tersirat dan sekiranya anda seorang yang suka pada benda yang manis-manis, khasnya kuih-muih atau pun air kopi manis ke.. teh o panas manis ke.., kerajaan mahu rakyatnya untuk mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan rakyat Malaysia sehari-hari.

Maklumat sahih mengatakan rakyat Malaysia adalah pengguna gula yang tertinggi. Dikatakan bahawa setiap rumah sekurang-kurangnya mempunyai 2 kilo gula. Bermakna, dalam kehidupan seharian, sebanyak 6 atau 7 sudu gula digunakan dan jika didarabkan dengan 30 hari, purata.. diulang lagi sekali.. purata yang menggunakan gula adalah sebanyak 240 sudu gula yang bersamaan dengan 4 kilo gula.

Dengan kenaikan harga kawalan gula ini, saya dapati ada beberapa kedai minuman dan makanan di sekitar Shah Alam dan Rawang mula meletakkkan harga. Dulu kopi O jual paling murah pun 80 sen.. Sekarang jual jadi RM1. Apa ni..?

Saya tidak mahu memberitahu kedai mana yang jual air sebegitu di Rawang (minggu lepas saya berada di Rawang).

Nasihat saya, kalau ada peniaga mula naikkan harga, pulaukan sahaja kedai tu. Cari je kedai lain. Anda juga boleh melaporkan pada tribunal pengguna dengan menyatakan kedai mana yang tidak ikut peraturan tadi, Mereka hanya mengambil keuntungan dari kesusahan rakyat kelas pertengahan yang sememangnya susah.

Apa pendapat anda?

RIZMAN M.A