Berhati-hati : Jangan install program yang tidak sesuai dengan Window 7

windows-7-aurora-green-wallpaper

OK. Masih lagi berkenaan dengan post teknikal lagi.

Beberapa forum yang saya lawati telah kerap kali memberitahu kepada ahli forum ( Ni forum berkaitan Window 7 ) tentang beberapa perisian (software) yang jika dipasang dalam persekitaran Window 7, akan menyebabkan beberapa fungsi (function) dalam Window menjadi tidak berfungsi atau gagal bertindak seperti yang sepatutnya.

Walaupun saya tidak mengetahui akan kebenaran maklumat ini (kerana saya sendiri pun tidak ada program yang dinyatakan), saya akan senaraikan jenis perisian yang dikatakan boleh melumpuh terus sistem Window 7. Sama ada anda ada program ini dan mahu mencuba, itu adalah terpulang pada anda.

Adobe Photoshop CS4 Standalone (Melumpuhkan terus sistem Windows Update)
Daemon Tools ( menyebabkan beberapa error ketara dan kemungkinan OS menjadi tidak berfungsi )

G-Data Antivirus 2009 (Menyebabkan sistem menjadi ‘Crash’)
MagicDisk ( Menyebabkan kedua-dua sistem hardware dan software conflict dengan sumber OS)

SlySoft's Virtual Clonedrive (Sistem Window Update lumpuh serta merta)

 

RIZMAN MA