Berhati-hati apabila terjerumus ke dalam perniagaan berasaskan perternakan

 

cacing_127032387

 

Apabila saya membaca pada skrin di TV yang berbunyi ‘penternak cacing kerugian RM25 juta apabila penganjur melarikan diri’ maka saya amat sedih. Sedih kerana bangsa kita sendiri sanggup melakukan penipuan terancang dengan menaburkan kata-kata manis, meminta deposit dan berjanji apabila cukup tempoh matang, akan membeli cacing tersebut dalam RM320 sekilogram. Tetapi selepas 6 bulan, penganjur hilang entah ke mana, cacing pun dah boleh buat umpan ikan di sungai-sungai.

Sebenarnya, penganjur pandai mengambil peluang dengan menggunakan perternakan cacing sebagai ‘umpan’ untuk menjadi hidup senang dan mangsa penipuan itu ialah orang yang berpendapatan sederhana. Ada yang sanggup mengeluarkan wang simpanan mereka semata-mata untuk menyertai projek yang kononnya menjanjikan seribu harapan. Tetapi malangnya mereka ditipu bulat-bulat oleh penganjur dan penganjur pula sudah lama menghilangkan diri.

Kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang penternakan ini, saya menasihatkan anda supaya lebih berhati-hati. Anda perlu memastikan dan siasat dahulu sama ada syarikat yang menawarkan anda itu sebenarnya wujud atau tidak? Berapa lama mereka berniaga? Apa ‘track record’ yang mereka ada?

Dan yang paling penting sekali dan sebenarnya masih ramai yang tidak faham, adakah mereka boleh mengambil deposit dari anda? Adakah mereka mempunyai lesen dari pihak berkuasa (Bank Negara Malaysia) untuk mengambil deposit?

Saya tidak akan mengulas panjang berkenaan penipuan berasaskan penternakan ini. Selain cacing, lintah, kambing dan lembu juga merupakan ternakan yang kalau dikendalikan secara betul, (mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian), ia boleh memberi untung kepada anda. Tetapi ada manusia yang sebangsa dengan kita menggunakan kambing dan lembu untuk menipu, sama seperti kes cacing di atas

Artikel lain berkenaan penipuan penternakan (akan ditambah dari masa ke masa :-

http://hidupseorangpetani.blogspot.com/2008/07/penipuan-tertipu-menipu-penipu-atau.html

http://www.terjah.com/v2/news.php?readmore=82

http://agroworth.blogspot.com/2009/05/awas-dengan-skim-pelaburan-penternakan.html

Hati hati dengan taktik penipuan (sumber : UsahaTani.Com)

Skin Cepat Kaya versi baru : Labur dalam syarikat penternakan ( sumber :Saifulsham.Com)

 

 

RIZMAN M.A (http://www.mohdrizmanma.com)