Apa agenda tersembunyi di sebalik serangan rumah ibadat?

 

image

Pada hari ini, kebanyakan orang india yang beragama Hindu menyambut Thaipusam (30-01-2010) dan Batu Caves, Selangor akan menjadi tumpuan lagi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia kerana selain upacara keagamaan, pelancong juga ramai bagi menyaksikan upacara tersebut. Diharap tidak ada apa yang berlaku pada hari ini di Batu Caves. Bukan sahaja di Batu Caves, tetapi pada semua rumah ibadat yang ada di seluruh Malaysia.

Kali ini, saya rasa mahu menulis berkenaan dengan berita sejak 2 minggu yang lalu. Serangan terhadap rumah ibadat. Sejak kes 2 buah gereja dibakar di Selangor, kejadian cubaan membakar gereja di Perak,Pulau Pinang dan Melaka serta cubaan membakar surau di Johor pada minggu lepas, amat mengejutkan saya.

Apakah serangan-serangan ini dilakukan semata-mata kerana marah antara satu sama lain dan adakah mereka berniat untuk cuba menaikkan ketegangan agama pula di Malaysia? Saya berpendapat antara sebab atau kemungkinan kenapa berlaku kes-kes serangan terhadap rumah ibadat dan jika tidak dibendung, akan menjadi duri dalam daging terhadap perpaduan kaum di Malaysia, yang sememangnya sudah tidak bersatu lagi.

1.) Kes Majalah Harold yang memfailkan tuntutan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dan mereka menang di mahkamah adalah kunci kepada semua permasalahan ini. Hakim yang mengadilinya juga bukanlah dari orang Islam.

2.) Ada yang mengambil kesempatan dari isu di atas. Mereka sengaja merancang untuk menimbulkan ketegangan agama dengan cubaan membakar surau dan gereja. Orang yang merancang untuk melakukan huru hara ini mungkin dari orang-orang politik (bukan nak menuduh), dan juga dari rakyat biasa. Mereka memang mahu negara kita hancur dan kaum bergaduh, seperti mana yang berlaku di Nigeria dan Indonesia.

3.) Orang yang berfikiran “Freemason”. Mungkin orang Freemason tidak senang dengan perpaduan kaum di Malaysia dan rentetan dari kemarahan orang Islam terhadap mahkamah, Freemason mengambil peluang untuk menyerang gereja-gereja atau pun surau.

4.) Budak-budak Black Metal. Seperti yang diketahui Black Metal memang benci pada agama dan merekalah yang biasanya suka membakar kitab-kitab suci. Apabila berlaku ketegangan, mereka pun masuk jarum

5.) Politik kotor. Seperti yang saya tulis pada nombor 2, parti-parti politik di Malaysia akan membuat apa sahaja untuk cuba menang pilihanraya dan merekalah yang mungkin merancang dengan mengupah orang lain sebagai KAMBING HITAM menyerang surau atau masjid. Seperti yang telah kita ketahui Malaysia telah mengalami tsunami politik pada pilihanraya ke 12 pada 2008 dan parti politik yang mengamalkan taktik kotor ini akan cuba membuat lagi taktik kotor ini dan lepas tu, keluarlah statement cakap orang dari parti yang satu lagi buat serangan.

Apa yang saya tulis di atas hanyalah andaian dan pendapat saya. Bagaimana dengan anda? Apa pendapat anda tentang banyak berlaku serangan rumah ibadat ini dan adakah kita sebagai blogger harus membiarkan perkara ini dari terus berlaku?